[VIDEO] Saling menghargai beri kelebihan kepada Malaysia - Perdana Menteri - Utusan Malaysia

[VIDEO] Saling menghargai beri kelebihan kepada Malaysia – Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sikap saling menghargai antara rakyat berbilang kaum dan agama telah menjadikan Malaysia sebuah negara unik, bersatu dan kuat.

Beliau mengharapkan kelebihan itu kekal berpanjangan dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Katanya, Malaysia adalah sebuah negara yang aman dengan rakyat berbilang kaum dan agama bersama-sama meraikan sambutan perayaan masing-masing.

“Ini adalah manifestasi budaya Malaysia yang inklusif dan diraikan setiap tahun. Saya berharap sikap saling menghargai ini akan diteruskan dan diwariskan kepada generasi muda.

“Ini menjadikan Malaysia unik, bersatu dan kuat,” katanya menerusi video perutusan sempena sambutan Krismas esok, yang dimuat naik dalam laman Facebook dan Twitter rasminya, hari ini.

Dalam video selama 49 saat itu juga, Dr. Mahathir yang turut mewakili isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, mengucapkan selamat menyambut Krismas kepada seluruh rakyat Malaysia.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×