[VIDEO] Polis tahan dua lelaki dipercayai suspek samun - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis tahan dua lelaki dipercayai suspek samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Dua penyamun menerima nasib malang apabila cubaan samun mereka bukan sahaja gagal, malah turut ditahan polis kira-kira 26 jam selepas mencederakan seorang lelaki di Plaza Sri Sinar, di Segambut dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, dua suspek berusia 24 dan 33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menceritakan kejadian, Shanmugamoorthy berkata, pihaknya menerima makluman kejadian cubaan samun menggunakan sebilah kapak di sebuah bank di sini kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

“Mangsa, seorang lelaki berusia 24 tahun sedang cuba mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di sini apabila dihampiri seorang suspek bersenjatakan kapak.

“Berlaku pergelutan di antara mereka yang mengakibatkan kecederaan parah terhadap mangsa di bahagian kepala dan belakang bahunya,” jelasnya.

Menurut Shanmugamoorthy, mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap dua suspek terbabit untuk disiasat mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, satu rakaman video berdurasi 21 saat menunjukkan mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah di pekarangan bank tersebut turut tular di media sosial.

Di dalam video tersebut, mangsa yang dibantu orang awam turut berjaya merampas kapak dipercayai digunakan suspek ketika cuba menyamunnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN