SITUASI kereta terbalik, meredah lumpur, menuruni cerun 90 darjah, menaiki bukit dan jalan yang berliku dianggap perkara biasa bagi penggemar sukan lasak permotoran. Itu belum lagi terpaksa berdepan dengan kenderaan rosak di tengah-tengah hutan. Ia adalah antara cabaran dilalui peserta sepanjang penganjuran program Cabaran Borneo Safari Antarabangsa 2018 (Borneo Safari). Meskipun begitu, Borneo Safari bukan sahaja menjadi buruan semua penggemar sukan permotoran dari seluruh negara, bahkan penantiannya dianggap sebagai…