[VIDEO] Mahasiswa IPTS di Pahang jadi 'bapa ayam' di Kelantan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Mahasiswa IPTS di Pahang jadi ‘bapa ayam’ di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 5 Dis. – Seorang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia di sebuah universiti swasta di Pahang telah mempraktikkan ilmunya lebih awal apabila menjadi ‘bapa ayam’ untuk menjaga tiga pelacur ‘bebas’ yang berpindah-randah dari satu bandar ke bandar lain dengan menawarkan perkhidmatan melalui aplikasi WeChat.

Kegiatan pemuda berusia 24 tahun itu bersama tiga pelacur terbabit bagaimanapun terbongkar apabila mereka ditahan oleh sekumpulan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) negeri ini dalam tiga serbuan di dua buah apartmen di sini bermula pukul 7.30 malam semalam.

Lelaki yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu yang ditahan di hadapan lif di tingkat satu apartmen di Lorong Minyak Gas di sini membawa pasukan polis ke serbuan kedua di sebuah unit di tingkat 11 ba­ngunan sama sebelum menahan seorang wanita berusia 36 tahun yang sedang leka me­layan seorang pelanggan.

Pegawai Turus D7 negeri, Asisten Superintenden Mat Zol Ismail berkata, susulan itu, polis melakukan serbuan ketiga di Apartmen Pelangi Mall, Jalan Post Office Lama di sini dan menahan dua wanita berusia 27 dan 40 tahun masing-masing berasal dari Sarawak serta Melaka.

“Suspek lelaki itu memberitahu, dia mula mengenali wanita berusia 36 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang tersebut awal tahun ini sebelum ditawarkan kerja sebagai ‘bapa ayam’ pada Julai lalu dan tugasnya ialah menguruskan pe­langgan yang ingin melanggan pelacur tersebut. “ katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN