KUALA LUMPUR 9 Dis. – Ribuan penyokong Harimau Malaya terpaksa berputih mata apabila mereka gagal mendapatkan tiket final pertama Piala AFF di antara Malaysia menentang Vietnam apabila berlakunya ketidakcekapan dalam penjualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Kaunter jualan tiket mula dibuka pada pukul 10 pagi bagaimanapun penyokong Malaysia sudah pun mulai beratur seawal 6 pagi semalam dan keadaan semakin buruk apabila tiada penghadang garisan bagi membolehkan mereka beratur dengan teratur. Sebaik sahaja kaunter tiket mula dibuka, penyokong mula berasak-asak sehingga menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang pengsan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya