KUALA LUMPUR 7 Dis. – Seorang warga emas mengambil inisiatif sendiri berbasikal dari Perak menuju ke Kuala Lumpur untuk menyertai Perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 di Dataran Merdeka di sini, esok. Warga emas tersebut, Afidzul Ariffin menerusi catatan Facebook miliknya memberitahu, dia memulakan kayuhan dengan menunggang basikal tua kira-kira pukul 4 pagi, semalam. “Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Saya memulakan perjalanan menuju ke Dataran…










