[VIDEO] 2 kru maut, 1 hilang selepas kapal karam - Utusan Malaysia

[VIDEO] 2 kru maut, 1 hilang selepas kapal karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 26 Dis. – Dua kru kapal warga Bangladesh dan China maut manakala seorang lagi masih hilang apabila sebuah kapal tongkang (barge) MV Amanda membawa muatan batuan karam di perairan Tanjung Sepang, dekat sini, petang kelmarin.

AMINUDDIN ABDUL RASHID
AMINUDDIN ABDUL RASHID 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu mengakibatkan kru kapal warga China iaitu Tang Yaozong, 48, dan seorang lagi kru kapal warga Bangladesh, Md. Jeher, 47, maut manakala seorang lagi kru kapal warga Bangladesh, SM Faruk, 28, masih lagi hilang.

Pengarah Maritim negeri, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kapal yang berdaftar di Malakal Harbour, Palau, Selatan Pasifik itu dalam perjalanan dari Belungkor menuju ke sebuah kawasan pembinaan di Desaru.

“Menurut maklumat yang diterima daripada kapten kapal, kapal terbabit dipercayai mengalami kerosakan pada bahagian jana kuasa menyebabkan bahagian kemudi kapal tidak dapat mengawal kapal kerana keadaan ombak yang terlalu kuat.

“Bagaimanapun, ombak yang terlalu kuat telah menolak kapal tersebut sehingga bertembung dengan kapal lain sebelum ia terbalik lalu karam,” katanya dalam sidang akhbar di Pengkalan Maritim Malaysia Tanjung Pengerang di sini sebentar tadi – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN