Usul Tun M kekal PM hingga PRU-15 dijangka dibahas esok - Utusan Malaysia

Usul Tun M kekal PM hingga PRU-15 dijangka dibahas esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Satu usul untuk meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dijangka akan dibahaskan di Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) esok.

Menurut sumber, usul itu dijangka akan dibahaskan pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Pengerusi PPBM yang dijadual bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang.

“Ya. Insya-Allah. Ia akan dibentangkan oleh salah seorang jurucakap esok,” kata sumber tersebut kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Bersatu Akar Umbi, Mohd Hanizam Yunus, berkata, usul itu perlu diterima sebulat suara oleh ahli Bersatu.

Katanya, ia adalah untuk memastikan pemulihan imej negara dapat dijalankan dengan lancar dibawah kerajaan pimpinan Dr. Mahathir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN