SAUDARA PENGARANG,Kecelaruan dan keraguan nampaknya kian bersarang dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini. ‘Intrig’ dan ‘politicking’ berlaku saban hari dan secara terbuka, diikuti dengan komen netizen hingga panjang berjela nampaknya kekalutan itu. Apabila Naib Presiden dan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Nurul Izzah meletak jawatan, diikuti dapatan kajian Invoke Malaysia oleh Rafizi Ramli mendedahkan kejatuhan besar populariti Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam kalangan semua kaum itu menunjukkan dengan jelas…










