Usahawan kosmetik mangsa eksploitasi - Utusan Malaysia

Usahawan kosmetik mangsa eksploitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Memiliki wajah menawan dan personaliti menarik menjadi antara tarikan sindiket bertindak ‘mencuri’ gambar sebelum dieksploitasikan bagi tujuan mengumpan mang­sa yang mahu dibela lelaki atau wanita kaya.

Situasi itu turut dilalui seorang usahawan produk kecantikan, apabila wajahnya terpapar dalam akaun Twitter @Hanna77843764 yang dijadikan promosi sebagai individu yang menawarkan perkhidmatan tidak bermoral sebagai sugar mummy.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti berkata, dia menye­dari kewujudan akaun berkenaan sejak September lalu selepas dimaklumkan oleh rakan dan ahli keluarga.

‘‘Ketika itu saya berada di luar negara atas urusan perniagaan. Memang terkejut apabila dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan Whatsapp daripada rakan-rakan bertanyakan hal ini.

‘‘Gambar yang diguna oleh sindiket berkenaan diambil daripada Instagram. Saya sudah membuat laporan agar akaun itu ditutup namun sehingga kini masih belum ada tindakan,’’ kata­nya ketika ditemui Ming­guan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, selepas menge­tahui sindiket berkenaan menggunakan akaun bank milik mang­sa lain terutama pelajar, dia membatalkan hasrat untuk membuat laporan polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN