GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan Medical Evacuation (Medevac) membawa seorang wanita Orang Asli yang sakit sejak tiga hari lalu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang, semalam. Sarimah Jali, 27, dari Pos Balar dilaporkan mengalami sakit bengkak di bahagian perut dan terperangkap di kampung berkenaan apabila jalan balak yang menghubungkan ke bandar rosak teruk akibat hujan lebat. Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan Udara JBPM Subang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Farhan Marzuki berkata, pihaknya mendapat laporan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sebelum kru…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya