UMNO jauh lebih baik daripada Bersatu - Utusan Malaysia

UMNO jauh lebih baik daripada Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Dis. – UMNO jauh lebih baik daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terutama daripada aspek sistem pentadbiran dan kepemimpinan yang tersusun serta bersistematik di peringkat cawangan dan bahagian.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, berbanding Bersatu, mesyuarat cawangan atau bahagian mereka hanya dilakukan di peringkat pusat sahaja dan perkara itu menjadi petunjuk jelas kepada kekuatan UMNO.

Selain itu, ujarnya, penghijrahan keluar beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sama sekali tidak akan melumpuhkan parti sebaliknya merupakan proses pembersihan secara semulajadi.

“Biarpun Bersatu mendakwa mereka adalah parti orang Melayu dan bumiputera, namun UMNO tetap menjadi pilihan utama walaupun UMNO bukan lagi sebuah kerajaan sebagaimana dahulu kecuali di Pahang dan Perlis. Kita yakin Bersatu tidak boleh menggantikan UMNO.

“Kita perlu ingat, mereka yang keluar UMNO tentulah antaranya kerana mereka sudah hilang keyakinan dan kesetiaan pada UMNO. Jadi, biarlah yang tidak yakin atau setia ini tinggalkan UMNO,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×