BAHAYA dan memenatkan. Itu pandangan pertama dalam kalangan mereka yang baru mengenali aktiviti memandu lasak kenderaan pacuan empat roda (4×4). Namun bak kata orang, belum cuba belum tahu. Bila dah cuba sekali, tanggapan bahaya itu hilang ditelan pengalaman yang mengujakan dan menyeronokkan. Kemahiran yang ditunjukkan oleh pemandu jentera 4×4 membuatkan perjalanan meredah hutan selamat. Apatah lagi, apabila aktiviti itu diadakan secara konvoi. Semangat setiakawan dan kerjasama berpasukan yang jitu mampu…