Tumpu kerjasama, Pakatan Harapan tidak cukup tegap - Tun M - Utusan Malaysia

Tumpu kerjasama, Pakatan Harapan tidak cukup tegap – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 7 Dis. – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa parti itu tidak cukup tegap kerana belum mempunyai bilangan wakil rakyat yang ramai.

Pengerusi Pakatan Harapan tersebut berkata, sehubungan itu para pemimpin parti komponennya dinasihatkan supaya bersatu-padu dan bukannya menumpukan untuk mengukuhkan diri sendiri dan jawatan.

“Kita mestilah bergerak sebagai kerajaan campuran dan bukan parti yang berasingan. Jika ini berlaku (bergerak berasingan), perpaduan tidak akan tercapai,” katanya yang juga Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian menerusi satu rakaman video sempena Konvensyen Kepimpinan Pakatan Harapan negeri di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Yang turut hadir Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) negeri, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi PKR negeri, Dr. Azman Ismail dan Pengerusi DAP negeri, Tan Kok Yew. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN