JAKARTA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian tsunami di Selat Sunda, Sabtu lepas.
Menurut kenyataan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia ( Basarnas), rakyat Malaysia terbabit dikenali sebagai Khairul Umam Masduki, 31, mengalami kecederaan di kaki dalam kejadian tsunami itu.
“Basarnas mendapat maklumat pukul 11 pagi tadi berkenaan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Kalianda,” kata kenyataan itu.
Mangsa telah dibawa ke Rumah Sakit Bob Bazar Kalianda untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi berkata pihak kedutaaan sedang bekerjasama dengan pihak Basarnas bagi memberikan bantuan sewajarnya termasuk bantuan konsular kepada mangsa. – Bernama










