PARIS – Beberapa pakar bencana kelmarin memberi amaran satu lagi kejadian tsunami mungkin melanda Indonesia, sehari selepas hampir 400 orang terbunuh disebabkan letusan gunung berapi yang menghasilkan ombak besar. “Tsunami itu nampaknya berpunca daripada tanah runtuh di dasar laut sekitar gunung berapi Anak Krakatau,” kata pensyarah Universiti Terbuka di Britain, David Rothery. Anak Krakatau adalah sebuah pulau yang muncul pada tahun 1928 dalam kawah tinggalan gunung berapi Krakatau yang meragut…










