SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengaku beliau berasa sedih dan risau dengan perkembangan sebilangan ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti itu. Katanya, namun beliau menghormati keputusan ahli Parlimen terbabit kerana padanya dalam politik masing-masing mempunyai perhitungan dan rancangan sendiri. Bagaimanapun, beliau kesal politik wang terus menjadi budaya dalam UMNO kerana sesiapa yang mempunyai wang masih boleh menguasai ahli parti itu walaupun selepas parti itu tewas. “Telah tiba…