Tindakan batal AIM tidak wajar - Utusan Malaysia

Tindakan batal AIM tidak wajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA ingin mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin baru-baru ini bahawa kerajaan sedang menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memulakan prosedur pembatalan sijil Pemerbadanan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Ini berikutan AIM tidak memenuhi syarat-syarat ditetapkan terutama dalam penubuhan anak-anak syarikat. Bagi saya tidak wajar kerajaan membatalkan AIM yang terbukti telah berjaya mengeluarkan ratusan ribu rakyat daripada belenggu kemiskinan sejak mula ditubuhkan pada 1987.

AIM adalah berasaskan kepada Bank Grameen di Bangladesh yang menggunakan konsep pembiayaan mikro. Pengasas bank itu, Muhammad Yunus telah diberikan Hadiah Nobel Keamanan pada 2006 kerana membantu golongan miskin hingga peratusan yang keluar daripada belenggu kemiskinan hampir 90 peratus.

Persoalannya kenapa selepas 30 tahun, baru sekarang hendak dipersoalkan isu perlanggaran akta? Takkanlah semua inisiatif Kerajaan Barisan (BN) terdahulu hendak dihentikan walaupun ternyata memberi manfaat pada rakyat?

Jangan pula nanti wujud persepsi seolah-olah kerajaan dan Kementerian Kewangan yang ada hari ini sedang merobek satu persatu institusi yang terbukti banyak membantu Melayu dan bumiputera keluar daripada belenggu kemiskinan dan berjaya menaikkan taraf ekonomi mereka.

SELAMATKAN AIM

Kuala Lumpur


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN