Tiket di Hanoi cecah RM1,673 - Utusan Malaysia

Tiket di Hanoi cecah RM1,673

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI 14 Dis. – Isu ulat tiket final Piala AFF 2018 bukan hanya berlaku di Malaysia, malah situasinya lebih buruk di Hanoi.

Amat mengejutkan, harga tiket yang dijual oleh ‘ulat’ jauh lebih mahal berban­ding di negara kita hingga mencecah AS$400 (RM1,673) berbanding harga sebenar 200,000 dong (RM36).

Hanya 16,000 tiket dijual kepada peminat secara dalam talian dan bakinya diedarkan kepada penaja, syarikat korporat serta ahli gabungan Perseketuan Bola Sepak ­Vietnam.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Stadium My Dinh yang mampu memuatkan 40,192 orang penyokong, menyaksikan ramai peminat Naga Emas berkeliaran di kawasan stadium untuk membeli tiket daripada ‘ulat’ selepas gagal mendapatkannya menerusi jualan dalam talian.

Permintaan tiket di sini amat luar biasa kerana rakyat Vietnam mahu melihat sendiri aksi final kedua di depan mata.

Penyokong juga sangat ghairah untuk melihat Vietnam menamatkan kemarau 10 tahun kerana menganggap skuad Naga Emas yang ada sekarang adalah yang terbaik.

Vietnam kini menghuni ­ranking ke-100 dunia, malah bergelar naib juara Piala AFC B-23 dan menamatkan kempen Sukan Asia 2018 di tempat keempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN