Tiga sekeluarga maut nahas di Rompin - Utusan Malaysia

Tiga sekeluarga maut nahas di Rompin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Tiga sekeluarga maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin malam semalam.

Kejadian pukul 11.50 malam itu mengorbankan Rosli Mat Daud, 38, dan ibunya, Rakiah Mat, 64, serta anak saudaranya, Aidil Ashraff Rizuan, 5.

Sementara itu, pemandu kereta berkenaan yang juga bapa kepada Aidil Ashraff, Rizuan Mat Daud, 34, mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Rompin. 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd. Noor berkata, keluarga berkenaan yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju Johor Bahru, Johor sebelum kejadian.

“Semasa di tempat kejadian, sebuah bas yang dinaiki 49 penumpang dari arah Johor Bahru dikatakan telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Proton Saga sebelum terbabas ke dalam parit berhampiran jalan,” katanya.

Ujar beliau lagi, Rosli dan ibunya, Rakiah maut di lokasi kemalangan, manakala Aidil Asraff disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Rompin. 

“Pemandu bas serta 49 penumpang tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN