KUALA LUMPUR 3 Dis. – Tiga anggota polis yang dipercayai menjalankan aktiviti menjual rokok seludup dengan berselindung di sebalik perniagaan burger dicekup di gerai mereka di Sea Park, Petaling Jaya, kelmarin. Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, hasil saringan ujian air kencing, seorang daripada anggota tersebut turut didapati positif dadah jenis methamphetamine. Menurut sumber, suspek berusia antara 28 hingga 34 tahun itu bertugas di sebuah balai polis dalam daerah Petaling Jaya yang mana dua daripadanya mempunyai rekod dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan, termasuk tidak hadir tugas dan gagal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya