TAIPING – Tiga pekerja subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja kabel di hadapan sebuah kilang di Jalan Perusahaan Tiga, Kamunting di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 10.55 pagi, mangsa, Syawal Che Rose, 30, mengalami kecederaan parah apabila melecur 50 peratus di beberapa bahagian badan termasuk tangan, kaki dan muka. Dua rakannya, G. Muniandy, 39, dan Ahmad Nor Fitri Saidin, 21, pula masing-masing melecur 20 dan 10 peratus di bahagian badan. Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila jentera yang digunakan pekerja terbabit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya