Tiga lelaki ditahan kes bunuh lelaki curi pisang - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan kes bunuh lelaki curi pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG – Tiga lelaki termasuk seorang pekebun dan anak saudaranya berusia 14 tahun ditahan reman selama lima hari sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki disyaki dipukul kerana mencuri pisang di Kampung Tebakang, Bukit Payung dekat sini semalam. Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan perintah reman tersebut di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau berkata, suspek utama berusia 38 tahun yang merupakan pekebun pisang menyerah diri di…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN