KUALA LUMPUR 11 Dis. – Parti Bersatu Sabah (PBS) menzahirkan kerisauan berhubung dakwaan kerajaan negeri Parti Warisan Sabah (Warisan) yang berkemungkinan mahu melanjutkan tempoh Yang Dipertua Negeri itu sekarang. JONISTON Ketua Penerangannya, Datuk Joniston Bangkuai berkata, tempoh khidmat Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sudah mencapai tempoh maksimum dua penggal sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah yang akan tamat pada penghujung bulan ini. Beliau mendakwa, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah…