MELAKA 29 Dis. – Melihat raut wajah manjanya yang tidak pernah lekang dengan senyuman, pasti ramai tidak menyangka kanak-kanak istimewa ini merupakan penghidap sakit tulang belakang yang kronik. Mohd. Ramdan Mohamed, 9, yang bakal memasuki tahun tiga apabila bermulanya musim persekolahan tidak lama lagi sangat tenang malah sentiasa bersikap ceria serta tidak menunjukkan tanda-tanda dia sakit. Menurut ibunya, Norhashimah Md. Lelah, 42, anak bongsu daripada lapan adik-beradik itu malah sangat teruja untuk memulakan sesi baharu persekolahan baharu tidak lama lagi. “Mohd. Ramdan menghidap penyakit tulang belakang sejak lahir hingga menyebabkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya