Tiada tindakan terhadap Exco - Ahmad Faizal - Utusan Malaysia

Tiada tindakan terhadap Exco – Ahmad Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 7 Dis. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap pihak yang didakwa cuba menjatuhkannya namun mengalu-alukan siasatan kes berkenaan oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, setakat ini beliau juga masih belum melihat sebarang tindakan salah yang dilakukan oleh mana-mana Exco kerajaan negeri mahupun ahli Pakatan Harapan (PH) Perak.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengambil sebarang tindakan setakat ini kerana tidak melihat kesalahan dalam kalangan Exco kerajaan negeri dan ahli PH Perak.

“Bagaimanapun, jika pihak berkuasa lain seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menjalankan siasatan kerana mendapati terdapat salah laku atau usahamenggulingkan Menteri Besar, kita serahkan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis berkhatan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Tambun di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurul Islamiah Taman Meru 2C di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan lima wakil rakyat UMNO hadir di pejabat SPRM di Meru Raya untuk memberi keterangan dipercayai berhubung dakwaan wujud gerakan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.

Lima wakil rakyat UMNO berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat diikuti ADUN Rungkup, Datuk Shahrulzaman Yahya; ADUN Chandan, Maslin Sham Razman; ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed dan ADUN Lubuk Merbau, Dr. Jurij Jalaluddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN