SAUDARA PENGARANG,KERAJAAN Malaysia telah memperuntukkan RM10 juta kepada sukan elektronik (e-sukan) dalam Belanjawan 2019. Langkah itu dibuat sebagai mencontohi negara-negara lain seperti China, Amerika Syarikat dan Rusia yang telah menyediakan peruntukan khusus untuk aktiviti berkenaan. Antara permainan video yang kini dianggap sebagai e-sukan adalah WarCraft, Counter Strike, FIFA19, Dota 2 dan Mobile Legends. Permainan itu berbeza daripada sukan biasa yang dimainkan secara fizikal seperti badminton, bola sepak, bola tampar dan…










