KUALA LUMPUR – Akibat tersalah menekan pedal minyak, sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang lelaki merempuh dinding sebelum terjunam dari ketinggian 10 meter di Bangunan Sun Complex, Lorong Imbi 14 di sini semalam. Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, pemandu berusia 29 tahun itu sedang meletakkan kenderaannya di aras tiga di bangunan berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lelaki itu…