KUALA TERENGGANU 8 Dis. – Terengganu hari ini menafikan kononnya esok diisytiharkan sebagai cuti khas susulan perhimpunan #DaulatHimpunan 812. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tiada sebarang pengumuman cuti berkenaan dibuat oleh kerajaan negeri seperti mana yang tular dalam media sosial dan portal berita mulai petang tadi. “Oleh yang demikian, hari Ahad 9 Disember adalah hari bekerja untuk pentadbiran kerajaan dan agensi-agensi di negeri Terengganu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya