Benarlah kata orang dulu-dulu, berbudi pada tanah sudah tentu tidak akan sia-sia. Pekerjaan itu pasti akan mendatangkan hasil yang lumayan seiring usaha dan titik peluh sang petani memandangkan pertanian adalah perniagaan. Itulah yang dilakukan oleh Norhashim Kamisan, 34, apabila mengambil keputusan untuk mencabar diri mengusahakan projek pertanian cili sejak 2006. Walaupun tidak mempunyai latar belakang keluarga yang terlibat dalam bidang pertanian, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat anak muda itu untuk…










