KUALA LUMPUR 11 Dis. – Pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang terbukti berkesan dan mampu menurunkan kadar kematian serta kecederaan parah sehingga 45 peratus. Sehubungan itu, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, program kesedaran perlu dipergiatkan bagi menggalakkan orang ramai menggunakan alat tersebut. Selain itu katanya, penguatkuasaan perlu diperhebatkan agar semua penumpang dapat mematuhi arahan penggunaannya selepas ini. “Bagi penumpang belakang, ia bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa atau mengurangkan kecederaan, tetapi melindungi pemandu dan penumpang hadapan daripada terkena impak individu yang duduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya