Syed Saddiq akui isu PTPTN boleh sebabkan PH jadi pembangkang - Utusan Malaysia

Syed Saddiq akui isu PTPTN boleh sebabkan PH jadi pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Dis. – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui isu Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal menendang keluar Pakatan Harapan daripada kerajaan jika ia gagal ditangani dengan baik.

Beliau yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, isu pembayaran balik PTPTN harus mengambil kira soal kos sara hidup rakyat dan jika PH gagal mengambil kira aspek itu ia akan mengecewakan rakyat.

“Isu PTPTN yang bawa kita masuk dalam kerajaan dan isu ini juga boleh membawa kita keluar dari kerajaan dan sebab itu Kementerian Belia dan Sukan harus bertindak juga sebagai kumpulan pendesak,” katanya dalam program Bicara Minda di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN