WASHINGTON – Jabatan Polis Richland di sini tidak menyangka iklan pencarian seorang suspek yang dikehendaki telah mendorong individu itu muncul dan membalas mesej di laman Facebook mereka, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Perbuatan itu bermula apabila agensi penguatkuasaan itu memuat naik satu status individu dikehendaki di laman sosial berkenaan pada 28 November lalu. “Anthony Akers, 38, dikehendaki oleh Jabatan Penjara kerana gagal mematuhi hukuman terhadapnya. Jika sesiapa ada maklumat, sila hubungi 509-628-0333,” menurut paparan iklan itu. Selang lima jam kemudian, Akers muncul dan membalas komen Facebook Jabatan Polis Richland itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya