TAMPIN – Seorang lelaki berusia 34 tahun yang ditahan polis kerana disyaki membuat panggilan ancaman bom palsu ke atas Hospital Tampin pada 14 Disember lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini. Tertuduh, Mohd. Yusnaidi Mohd. Yunus yang memakai t-shirt merah dan berseluar jeans dibawa ke Mahkamah Majistret Tampin oleh anggota polis dengan tangan bergari kira-kira pukul 9 pagi ini. Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya