Sultan Sharafuddin dukacita nama baginda digunakan dalam himpunan ICERD - Utusan Malaysia

Sultan Sharafuddin dukacita nama baginda digunakan dalam himpunan ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak tertentu melibatkan baginda dalam perhimpunan membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin telah menitahkan mana-mana pihak tidak melibatkan nama baginda untuk sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh parti poliltik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

“Sultan Sharafuddin kesal dan dukacita dengan kenyataan yang tersebar di media sosial dan whatsapp “Sultan Johor pemangku Sultan Pahang Sultan Selangor turun Himpunan ICERD 8-12-2018 bersama anak Melayu Bumiputera”.

“Kenyataan seperti ini boleh mengelirukan masyarakat dan Sultan Sharafuddin sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor tidak seharusnya dilibatkan dengan sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Justeru itu, Mohamad Munir menegaskan bahawa Sultan Sharafuddin mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu seumpama ini.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN