Sultan Nazrin sebak pemergian Muhammad Adib - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin sebak pemergian Muhammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebak ketika berkongsi kesedihan mengenai kehilangan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Baginda tidak dapat menahan kesedihan itu ketika bertitah pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Hakim serta Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang di sini sebentar tadi.

Sultan Nazrin bertitah, usaha harus dilakukan demi memastikan udang-undang didaulatkan dan keadilan tidak tercicir dalam membela kematian Muhammad Adib.

“Segala usaha hendaklah dilaksanakan untuk mencari tangan-tangan yang bergelumang dosa, melakukan jenayah yang sungguh kejam hingga mengakibatkan Muhamad Adib menemui ajal dan kaum kelurganya dilanda duka nestapa.

“Demi menegakkan kebenaran, mereka yang menyaksikan kejadian yang berlaku, ada tanggungjawab agama, moral dan undang-undang untuk tampil membantu kerja-kerja siasatan Polis Diraja Malaysi. Jenayah sekejam ini sama sekali tidak boleh dilindungi,” titah baginda sambil menitiskan air mata.

Pada majlis yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Abdul Rahman Abbas itu, seramai 25 Hakim dan Pendaftar serta 14 Ahli Majlis Agama Islam menerima watikah perlantikan masing-masing. 

Muhammad Adib, 24, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu selepas beberapa hari bertarung nyawa akibat dipukul perusuh dalam keajdian rusuhan di Kuil Seafield di Subang, Selangor baru-baru ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN