LONDON 14 Dis. – Kumpulan hak asasi manusia, Action Against Hunger (AAH) mendedahkan golongan ibu di Yemen terpaksa membiarkan anak-anak mereka kebuluran susulan krisis kekurangan bekalan makanan di negara berkenaan. Menurut pertubuhan tersebut, ramai penduduk berdepan kesukaran untuk meneruskan kehidupan di negara terbabit. “Kita sedia maklum situasi ketika ini adalah satu bencana. Sekiranya sebuah keluarga tidak mempunyai bekalan secukupnya untuk diberikan kepada seluruh ahli keluarga, maknanya mereka perlu memilih siapa…