Sukar realisasi hasrat BNM - Utusan Malaysia

Sukar realisasi hasrat BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingan memiliki perlindungan insurans, takaful masih rendah, meskipun pelbagai program kesedaran dan pendidikan telah dilaksanakan sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Bhd., Zakri Khir berkata, bersandarkan perkara itu, agak sukar untuk mereali­sasikan hasrat Bank Negara Malaysia (BNM) dalam meningkatkan kadar penembusan insurans dan takaful kepada 75 peratus menjelang 2020.

“Pada ketika ini, Malaysia ha­nya merekodkan kadar penembusan insurans nyawa sebanyak 56 peratus.

“Meskipun ia menunjukkan peningkatan setiap tahun, namun kadarnya agak perlahan iaitu sekitar dua hingga tiga pe­ratus sahaja.

“Menerusi keseluruhan jumlah penembusan tersebut hanya sebanyak 32 peratus rakyat Malaysia mempunyai lebih daripada satu polisi insurans. Jus­teru, pelindungan yang dilanggan adalah tidak bersifat menyeluruh,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN