KLUANG – Kementerian Pendidikan merancang mewujudkan sudut bacaan di tempat awam seperti di stesen minyak dan restoran makanan segera di negara ini bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Menterinya, Maszlee Malik berkata, perbincangan dengan pemilik stesen minyak dan rangkaian restoran makanan segera akan dilakukan, namun ia masih di peringkat perancangan lagi. Kata beliau, ia juga sebagai usaha pihak kementerian untuk menyokong kempen menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.…