Suami bakar isteri ugut cerai - Utusan Malaysia

Suami bakar isteri ugut cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI 7 Dis. – Seorang suami sanggup membakar isterinya setelah dipercayai diugut cerai di Daerah Barru di sini pada 26 November lalu.

Lapor Tribun-Video.com, Ketua Kepolisan Resor Barru, Burhaman memberitahu kejadian tersebut dilakukan Abdul Arham, 47 kepada isterinya, Umrah, 35, dikatakan sudah tidak tinggal serumah yang dalam proses perceraian.

Katanya, berdasarkan soal siasat terhadap suspek, motifnya kerana sakit hati pada isteri yang menggugut cerai.

“Bagaimanapun suspek itu berjaya ditangkap di Mukim Pankkukang, Kota Makassar pada Selasa lalu.

“Setelah seminggu kita memburu supek, akhirnya berjaya mengesan dan terus menghantar pasukan untuk menangkap dia,” katanya kepada pemberita semalam.

Sekitar 80 peratus tubuh mangsa mengalami kesan luka terbakar.

Tambahnya, suspek kemudian telah dibawa ke Hospital Bhayangkara Makassar untuk rawatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN