SAYA telah banyak kali sebelum ini menegaskan tentang kekerasan (rigidity) sistem Torrens di negara ini. Sistem ini mula diperkenalkan di Selangor pada hujung kurun ke-19 oleh Maxwell dan kemudian dikembangkan ke negeri-negeri lain. Sistem ini kini menjadi teras utama dalam Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). Intipati sistem Torrens adalah pendaftaran. Mahkamah telah berulang-kali menegaskan bahawa “di bawah sistem Torrens, pendaftaran adalah segala-galanya”. Implikasi prinsip ini adalah jika kita mahu tahu apakah sebidang tanah yang kita telah duduki sekian lama itu milik kita atau pun tidak, pastikan apakah nama kita ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya