KUALA LUMPUR 7 Dis. – Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berhasrat ingin membubarkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dianggap sebagai satu kesilapan besar. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu sekali gus menunjukkan bahawa golongan miskin tegar dan B40 sekali lagi dipinggirkan oleh kerajaan Pusat. “Kadar kemiskinan turun disumbangkan oleh AIM sejak sekian lama. Malah, pinjaman tidak berbayar (NPL) juga paling rendah. “Adakah kerana AIM salah…










