Sibuk berswafoto, perhimpunan tergendala - Utusan Malaysia

Sibuk berswafoto, perhimpunan tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Para perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terpaksa diingatkan berulang kali oleh pengacara majlis Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu untuk masuk memenuhi Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini. 

Acara kemuncak PAT yang dijadualkan berlangsung pada pukul 8.30 malam tertangguh selama setengah jam ekoran para perwakilan yang tidak memasuki dewan.

Kelewatan itu menyebabkan ucapan dasar Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad tertangguh.

Pengacara majlis mendakwa, kelewatan itu berpunca daripada tindakan para perwakilan yang sibuk berswafoto di luar dewan.

Bahkan, pengacara majlis turut meminta para perwakilan yang sudah berada dalam dewan untuk menghubungi rakan mereka di luar dewan untuk segera masuk ke dalam bagi membolehkan majlis bermula.

Difahamkan Pimpinan Majlis Tertinggi termasuk Perdana Menteri turut terpaksa menunggu para perwakilan di bilik menunggu orang kenamaan.

Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9 malam, majlis masih belum bermula. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN