KUALA LUMPUR 27 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masih dalam proses menyiasat dakwaan kenaikan harga barang kelengkapan persekolahan. Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Dasar) Bahagian Penguat Kuasa kementerian itu, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, keputusan siasatan itu dijangka selesai pada 2 Januari tahun hadapan dan satu hebahan akan dibuat oleh pihaknya. “Pasukan kami sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan kenaikan harga kelengkapan persekolahan ini sejak minggu…










