JOHOR BAHRU – Ibu tiri dan bapa kandung seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera, hari ini dibenarkan reman selama tujuh bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru. Perintah reman sehingga 2 Januari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah/Majistret Faridatul Farrah Mohd Shukri. Faridatul Farrah mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan. Semalam, Timbalan Ketua…










