IPOH 11 Dis. – Mayat kesemua enam mangsa yang ditemukan di tingkat atas premis rumah kedai yang terbakar di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju di sini hari ini rentung dan berada pada kedudukan berselerak, dipercayai cuba menyelamatkan diri. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, dua mangsa ditemukan di hadapan tangga, dua lagi berada di dalam bilik air sementara dua lagi berada di bahagian tengah melibatkan ruang kerja.…