Sembilan pendaki sesat berjaya ditemui - Utusan Malaysia

Sembilan pendaki sesat berjaya ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Bomba berjaya menyelamatkan sembilan pendaki termasuk dua wanita yang tersesat di dalam hutan ketika mendakit Bukit Bendera di sini awal pagi tadi.

Mangsa berusia di antara 18 hingga 61 tahun itu ditemui pada pukul 1.09 pagi di dalam kawasan hutan selepas dilaporkan tersesat pada pukul 7.27 petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya telah membahagikan anggota kepada dua kumpulan bagi usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan dalam keadaan gelap pada waktu malam.

Sembilan mangsa yang terlibat dikenali sebagai Lim Sang Yang, 51; Cheng Chang Hua, 61; Chan Che Chen, 60; Yap Heng Leong, 39; Ho Cheng Meng, 60; Eng Gin Weh,18, dan Tam Han Gen, 33, serta dua wanita Tan Kah Oii, 24, dan Ambika, 35.

“Kesemua mangsa ditemui di dalam kawasan hutan pada pukul 1.09 pagi dalam keadaan selamat sebelum dibawa turun ke Dataran Bukit Bendera dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.20 pagi,” katanya.

Operasi berkenaan dijalankan oleh kira-kira 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dan BBP Paya Terubong. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN