SHAH ALAM – Bermula tahun depan, penyedut minuman plastik tidak akan diberi secara automatik di Selangor, sebaliknya hanya atas permintaan pelanggan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian berkata, bagaimanapun tiada caj akan dikenakan ke atas penggunaan penyedut minuman plastik itu. Pengusaha restoran juga digalakkan untuk tidak menyediakan penyedut minuman plastik di kaunter mereka bagi mengelakkan ia diambil secara bebas oleh pengunjung dan pelanggan, katanya menjawab soalan Leong Tuck Chee (PH-Pandamaran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya