KUANTAN 15 Dis. – UMNO mesti segera mencari formula dan jalan keluar daripada kemelut yang dihadapinya ketika ini berikutan tindakan sekumpulan pemimpin yang keluar daripada parti itu dan desakan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan. Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara utama pada masa ini adalah mencari formula berkenaan yang berkait rapat dengan penyelesaian masa depan parti tersebut. “Saya percaya semua…