IPOH 26 Dis. – Laporan penuh bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka siap dalam tempoh satu bulan. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata tempoh tersebut diperlukan jika ahli patologi berpendapat ujian darah perlu dilakukan dan mengikut kelaziman, keputusan mengambil masa kira-kira satu bulan. Bagaimanapun, menurut Dr Lee sekiranya laporan kecederaan sudah mencukupi untuk mengetahui punca sebenar kematian, maka ujian darah…










